Habuan menanti skuad Tok Gajah jika bergelar juara - Utusan Malaysia

Habuan menanti skuad Tok Gajah jika bergelar juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan memberikan ganjaran kepada skuad Tok Gajah sekiranya mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala FA 2018 pada Sabtu ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri pada masa kini.

“Kalau jadi juara, sedikit sumbangan akan diberikan dan ia bergantung kepada keadaan serta mengikut kemampuan kerajaan negeri Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita menyedari untuk menjadi juara bukan mudah… banyak liku-liku dan halangan yang telah ditempuhi untuk sampai ke tahap final.

“Oleh itu, kerajaan negeri perlu menghargai usaha mereka yang bermain bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negeri Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Wan Rosdy berkata demikian selepas menyaksikan latihan pasukan Pahang dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada pemain.

Berdasarkan prestasi terkini, beliau optimis terhadap kemampuan skuad Tok Gajah untuk menewaskan Selangor dengan sokongan padu penyokong yang bakal memenuhi Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Pasti kita hendak menang dan saya yakin sebab mereka bersedia untuk sampai ke tahap ini. Bukan sesuatu yang mustahil untuk kita menjadi juara.

“Justeru, saya menyeru semua penyokong sama ada di dalam atau di luar negeri Pahang dapat datang ke stadium bagi memberi sokongan gemuruh kepada pasukan Tok Gajah Sabtu ini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN