JERANTUT 4 Julai – Seramai 31 guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2 meraikan sambutan Hari Guru kali ini dengan mendaki puncak Gunung Via Ferrata di Taman Ekstrem Kampung Paya Gunung dekat sini, baru-baru ini. Pendakian bukit batu kapur setinggi 150 meter itu merupakan antara pendekatan para guru memeriahkan acara yang disambut pada setiap tahun itu menerusi kegiatan rekreasi dan riadah. Lebih menarik, pendakian puncak Via Ferrata diketuai Pengetua…









