JAKARTA – Gunung berapi Agung yang terletak di timur laut Bali kini diletakkan status siaga berikutan kembali aktif meletus sejak semalam. Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho menerusi kenyataan berkata, ramai penduduk di sekitar empat kilometer dari kawah gunung itu telah berpindah secara sukarela. Gunung yang semakin aktif sejak tahun lepas itu dilaporkan masih berterusan meletus pagi ini selepas berlaku letusan besar…










