Guna logo BN, bukan UMNO dalam PRK Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Guna logo BN, bukan UMNO dalam PRK Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – UMNO kekal menggunakan logo Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, logo UMNO tidak akan digunakan kerana BN masih wujud melibatkan gabungan beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

“BN masih kekal, tiada lagi perpecahan. Mungkin ada sebahagian rakan kongsi kita bergerak sendiri seperti di Sarawak tetapi MCA, MIC dan PPP masih dalam BN.

“Jadi kita akan bertanding atas logo BN, bukan logo UMNO. Kalau guna logo UMNO nanti orang ingat BN dah berpecah pula, jadi kita kekal menggunakan logo BN,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, pengumuman itu akan dibuat oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengarah Jentera PRK DUN Sungai Kandis pada pukul 4 petang, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN