GST lebih telus daripada SST - Utusan Malaysia

GST lebih telus daripada SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jauh lebih telus berbanding dengan cukai jualan dan perkhid­matan (SST) yang bakal diperkenalkan 1 September ini.

GUAN ENG
GUAN ENG

Menurut Guan Eng, sistem SST tidak telus kerana mempunyai cukai tersembunyi jika hendak dibandingkan dengan GST yang jelas dalam resit pembelian pengguna.

“Memang tidak dapat dina­fikan. Tentu GST lebih telus kerana kita nampak kutipan itu berbanding dengan SST yang kita tidak nampak.

“SST tidak setelus dan efisien seperti GST. Benar rakyat tidak akan nampak de­ngan mata kasar sistem SST ini berbanding GST yang tertulis atas resit sebanyak enam peratus,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat ­semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanya­an ­Datuk Ahmad ­Mas­lan (BN-Pontian) adakah beliau mengakui GST lebih telus berbanding dengan SST selain daripada menyebabkan kenaikan barangan selepas ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN