ARAU 10 Julai – Para graduan di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi pihak-pihak tertentu yang mempromosikan hak dan kebebasan terlampau. Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, sehubungan itu, golongan tersebut perlu mempunyai jati diri dan pegangan agama yang teguh. Titah baginda, dalam hal ini, pendekatan yang harmoni seperti dialog meja bulat dan dakwah perlu digerakkan bagi menangani sebarang kekeliruan dan kemusykilan yang berlaku. “Ada yang mempromosikan hak dan kebebasan yang terlampau sehingga menghina syariat agama, adat, budaya dan tatasusila dalam kehidupan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya