Golongan muda jadi fokus Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Golongan muda jadi fokus Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjanji akan memastikan golongan belia terus menjadi fokus utama dalam agenda pembangunan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kerajaan percaya nasib dan masa hadapan belia harus ditentukan oleh golongan belia sendiri dan kini belia akan mempunyai ruang dan peluang untuk membuktikan kuasa belia sebagai penggerak masa hadapan negara.

“Usaha untuk mengangkat suara anak muda terus dihargai apabila kami dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri.

“Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang inklusif dan sentiasa mengutamakan merit dalam idea dan sumbangan tanpa mengira umur dan latar belakang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, kerajaan juga berazam untuk memperjuangkan sukan tempatan secara lebih inklusif dan adil.

Malaysia akan terus menempa kejayaan di dalam pelbagai bidang sukan dari segi pengurusan sukan, kemudahan hinggalah atlet-atlet menjulang kejayaan sukan di dalam dan luar negara, di samping terus membela dan menjaga nasib golongan atlet.

Syed Saddiq berkata, pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah satu amanah yanhg berat namun beliau percaya cabaran itu akan digalas dan kejayaan akan diraih bersama-sama seluruh anggota Kementerian Belia dan Sukan menerusi satu pasukan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN