JAKARTA 29 Julai – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggegar Pulau Lombok awal pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang rakyat Malaysia maut dan 162 lagi cedera. Menurut pihak berkuasa, gempa di pulau percutian terkenal itu berlaku pada pukul 6.47 pagi waktu tempatan ketika orang ramai masih tidur, menyebabkan banyak mangsa tertimbus di bawah runtuhan bangunan serta rumah. Gegaran yang berlaku juga menyebabkan ramai penduduk panik…










