KUALA LUMPUR 19 Julai – Seksyen jualan roti di sebuah pasar raya besar di Setia Alam, Selangor terpaksa ditutup apabila rakaman video seekor tikus berlegar di ruangan berkenaan menjadi viral di media sosial.
Rakaman video tersebut dikongsi oleh seorang pembeli, Alia Ismail di Facebook beliau pada 16 Julai lalu yang kemudiaannya dikongsi sebanyak 24,000 kali oleh pengguna Facebook yang lain dan mendapat 6,200 komen.
“Nak beli roti di Tesco? Fikir semula. Ini di Tesco Setia Alam dan laporkan dengan pekerja di situ. Jawapan dia, satu Tesco ada tikus bang. Memang macam tu,” tulis Alia dalam hantaran di Facebook.
Bagaimanapun aduan Alia secara dalam talian mendapat reaksi positif daripada pihak pengurusan yang bertindak menutup bahagian tersebut untuk kerja-kerja pembersihan.-UTUSAN ONLINE










