SANDAKAN – Bangkai seekor gajah jantan ditemui dengan kesan tembakan dipercayai diserang dari jarak dekat oleh pemburu haram di Kampung Karamuak Tongod di sini semalam. Bangkai gajah berusia lingkungan tiga hingga empat tahun itu ditemui pasukan renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah ketika melakukan rondaan kawalan gajah di kawasan perkampungan itu. Pegawai Perhubungan Awam jabatan, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, bangkai gajah tersebut ditemui pada pukul 7.40 pagi kemudian dibawa untuk…










