KUALA LUMPUR 18 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka gagal memenuhi manifesto untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam bergaji bawah RM4,000 sebulan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, jawapan Maszlee bahawa kajian mengenai pelaksanaan janji itu yang masih dijalankan, sangat tidak meyakinkan termasuk mengenai bebanan kewangan yang bakal ditanggung oleh kerajaan jika ia mahu dipenuhi. Malah, beliau memberitahu, jika mahu dilaksanakan juga, kerajaan mungkin perlu membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya