SAINT PETERSBURG 4 Julai – Air mata Emil Forsberg membasahi pipi setelah jaringan tunggalnya membawa Sweden ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 24 tahun setelah menundukkan Switzerland 1-0 semalam. Jaringan yang dilakukan pada separuh masa kedua itu, selepas rembatannya terkena pertahanan lawan Manuel Akanji, membolehkan Sweden berada dalam kalangan lapan pasukan terbaik sejak kali pertama selepas Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat. “Saya cukup berbangga apabila dapat…










