FGV tekad perjuang nasib pekebun kecil - Utusan Malaysia

FGV tekad perjuang nasib pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – FGV Holdings Berhad tekad memperjuangkan semua isu berkaitan pekebun kecil di peringkat antarabangsa terutamanya ketika peluang industri beroperasi dicabar atas beberapa sebab tertentu.

Datuk Zakaria Arshad
Datuk Zakaria Arshad

Presidennya, Datuk Zakaria Arshad berkata, FGV mempunyai genetik hampir sama dengan Felda dan masih bekerjasama rapat dengan pekebun kecil dan peneroka dalam membantu menghubungkan petani serta pasaran.

Katanya, selepas enam tahun penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, Felda kekal sebagai pemegang saham terbesar FGV di samping peneroka yang kekal sebagai pihak berkepentingan agensi itu .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Felda ditubuhkan sebagai program pembasmian kemiskinan dan telah mencapai kejayaan luar biasa, terutamanya pada awal penubuhannya.

“Kami akan terus berusaha untuk memastikan semua pemegang saham mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan kejayaan FGV,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN