Fenomena awan formasi ombak di Beaufort tidak bahaya - Utusan Malaysia

Fenomena awan formasi ombak di Beaufort tidak bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Formasi gumpalan awan seakan ombak dan puting beliung menggemparkan penduduk di sekitar pantai barat di negeri ini. Pembentukan awan tersebut jelas kelihatan terutamanya di kawasan sekitar daerah Beaufort dan berlaku kira-kira 30 minit sebelum arakan awan tersebut beransur hilang. Berdasarkan gambar yang tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, fenomena tersebut berlaku pada pukul 7 pagi tadi disusuli dengan hujan lebat. Difahamkan, ia antara fenomena alam yang biasa dilihat penduduk setempat. Sementara itu, Pengarah Jabatan Meterologi Sabah, Azmi Daud memberitahu fenomena awan tersebut tidak membahayakan. “Fenomena…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN