KUCHING – Felda United mengesahkan kejuaraan 100PLUS Liga Premier 2018 menjadi milik mereka selepas membenam Sarawak 1-3 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini sebentar tadi. Kejayaan tersebut membolehkan skuad bimbingan B. Sathianathan itu mengumpul 41 mata daripada 18 perlawanan untuk dinobatkan sebagai juara sekali gus melangkah ke saingan Liga Super musim depan. Penyerang import, Gilberto Valdenesio Fortunato muncul wira Felda United apabila menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-5 dan ke-66. Rakan pemain import, Thiago Augusto Fernandes turut mencipta nama sebagai penjaring gol untuk Felda United pada minit ke-39.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya