Fathul Bari, Zahidi komited pikul amanah pulihkan kembali UMNO - Utusan Malaysia

Fathul Bari, Zahidi komited pikul amanah pulihkan kembali UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 2 Julai – Dua pemimpin dari negeri ini yang berjaya merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu Sabtu lalu komited untuk memikul amanah dalam usaha memulihkan kembali parti keramat orang Melayu itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua mereka yang terpilih itu masing-masing ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri ini, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Bagaimanapun dua lagi pemimpin dari negeri ini iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man gagal menempatkan diri dalam senarai barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Fathul Bari berkata, beliau akan berusaha sehabis baik untuk membantu kepemimpinan parti memulihkan kembali wadah perjuangan UMNO demi melestarikan agama, hak bangsa dan kesejahteraan tanah air.

“Jutaan terima kasih kepada semua perwakilan, ahli UMNO seluruh Malaysia serta sahabat-sahabat yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Zahidi pula berkata, beliau bertekad untuk menyatupadukan seluruh ahli UMNO selepas mereka mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Kita perlu mengukuhkan kembali parti dan meletakkan harapan kita mampu menang kembali dalam pilihan raya akan datang. Terima kasih kepada para perwakilan yang memilihnya sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN