PARA pemain England dipaksa bekerja keras oleh skuad Colombia sebelum mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 apabila perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium Spartak, Moscow awal pagi semalam. Skuad The Three Lions yang selesa dengan kelebihan satu jaringan menerusi gol pendahuluan hasil sepakan penalti Harry Kane pada minit ke-57, bermain selamat pada 10 minit terakhir perlawanan. Situasi itu bagaimanapun membawa padah apabila…










