LIPIS 1 Julai – Seramai enam orang cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas setelah melanggar seekor lembu di Jalan Utama Lipis-Merapoh di sini malam tadi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan melanggar papan tanda jalan sebelum terbalik.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Haslizan Ramli berkata, kesemua enam mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.
“Tiada mangsa yang tersepit dan tindakan bomba adalah memberikan rawatan awal kepada meraka sejurus selepas tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











