KUALA TERENGGANU 23 Julai – Kumpulan Enactus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjuarai Piala Enactus Kebangsaan baru-baru ini bakal mewakili negara dalam pertandingan peringkat dunia di San Jose, California, Amerika Syarikat pada Oktober depan. Institusi pendidikan tinggi itu akan bersaing dengan 36 buah negara, dan pasukan 25 pelajarnya yang diketuai oleh Muhammad Syamil Naseh berharap dapat melakar satu lagi sejarah baharu, kali ini di persada antarabangsa. Dalam pertandingan peringkat kebangsaan,…










