Elak diperdaya sindiket penipuan lesen memandu ekspres  - Utusan Malaysia

Elak diperdaya sindiket penipuan lesen memandu ekspres 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menduduki ujian yang dibuat individu tertentu menerusi Facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, kegiatan yang dipercayai didalangi sindiket penipuan itu dikesan menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen secara ekspres pada harga lebih murah.

“Kita meminta orang ramai agar lebih berhati-hati kerana tiada istilah untuk mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh masa terlalu singkat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sinar Lebaran Aidilfitri JPJ negeri Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, pemohon perlu melalui beberapa prosedur untuk mendapatkan lesen sah termasuk mewajibkan mereka merakamkan cap jari setiap kali menghadiri latihan memandu.

“Proses untuk mendapatkan lesen secara sah termasuk menduduki ujian mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan berbanding lesen ekspres selama seminggu sahaja.

“Harga ditawarkan sindiket penipuan itu juga lebih murah iaitu sekitar RM200 hingga RM250 bagi lesen motosikal dan RM600 hingga RM700 bagi kereta berbanding harga sebenar motor RM350 dan kereta RM1,100,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN