Eksesais TUDM-USAF di Kampung Gajah 18-21 Julai - Utusan Malaysia

Eksesais TUDM-USAF di Kampung Gajah 18-21 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Julai – Eksesais Gerak Pantas akan dilaksanakan di beberapa lokasi di Kampung Gajah, Seberang Perak mulai 18 hingga 21 Julai ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Markas 10 Briged hari ini, eksesais tersebut merupakan eksesais bilateral antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan United State Air Force (USAF).

Menurut kenyataan tersebut, eksesais itu berkonsepkan latihan ‘Field Training Exercise’ dan ‘Subject Matter Exchange’.

“Latihan yang dilaksanakan itu akan memfokuskan kepada ‘mass drop’, guguran udara dan ‘conventional warfare’.

“Tujuan utama pelaksanaan latihan itu adalah untuk neningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman anggota daripada 10 Briged (Para) dan USAF khususnya dalam mass drop dan guguran udara,” katanya.

Kenyataan itu berkata, latihan dan penerjunan akan dilaksanakan pada 18 Julai ini pada pukul 10 pagi.

“Semua penduduk di kawasan berkenaan diminta tidak panik dan hadir untuk menyaksikan latihan penerjunan di sekitar kawasan latihan sepanjang eksesais dilaksanakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN