KUALA LUMPUR 14 Julai – Seorang ejen hartanah wanita yang memenangi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X-Trail bernilai kira-kira RM140,000 menerusi peraduan Ticket to Drive 2 anjuran Golden Screen Cinemas (GSC) menyifatkannya sebagai hadiah hari jadi yang paling berharga. Khoo Kai Xin yang menyambut hari lahirnya yang ke-26 pada 9 Julai lalu itu dinobatkan sebagai naib juara selepas mengatasi pelbagai cabaran dalam pertandingan itu yang melayakkannya membawa pulang kenderaan…