AMPANG – Dyxy Cosmetics Sdn. Bhd., pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Dyxy, mengunjurkan jualan syarikat bakal meningkat sekali ganda menjelang akhir tahun ini berbanding jualan sekarang sebanyak 100,000 unit sebulan.
Pengasas syarikat, Shah Hafiz Borhannudin berkata, sebanyak 40 peratus daripada jualan tersebut disumbangkan daripada produk bedak kompak, Dyxy BC Cream yang telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
Buat masa ini, syarikat memiliki enam jenis produk iaitu bedak kompak Dyxy BC Cream, Dyxy Mascara, Dyxy Matte Lipstick, Dyxy Green Tea Facemist dan Dyxy Brush yang telah berada di pasaran sejak pertengahan tahun lalu.
Produk tersebut dijual pada harga serendah RM30 hingga RM85 seunit.
“Pertambahan nilai jualan ini dijangka disumbangkan daripada beberapa faktor seperti pemasaran agresif dan pertambahan rangkaian pengedarannya di seluruh negara.
“Buat masa ini, syarikat memiliki sebanyak 2,000 pengedar,” katanya pada sesi temu bual di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Turut hadir pengasas bersama syarikat, Nur Diyana Roslan.
Shah Hafiz menjelaskan, bagi memantapkan lagi kekuatan rangkaian pengedarannya, syarikat telah menubuhkan Akademi Dyxy awal tahun ini yang mana ia bertujuan untuk memberi latihan dan bimbingan secara tidak formal kepada pengedar yang menyertai kumpulan tersebut.
Melalui pembelajaran di akademi tersebut, pengedar diberi pendedahan mengenai hala tuju, teknik pemasaran yang mudah, cepat dan berkesan serta mendapat bimbingan daripada ketua kumpulan yang telah berjaya.
“Kelas yang disediakan adalah percuma buat pengedar. Melalui usaha intensif kami dalam membangunkan kumpulan usahawan baharu ini, syarikat berjaya melahirkan 30 hingga 40 orang pengedar yang meraih pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan hasil jualan produk Dyxy.
“Mereka ini asalnya tiada pengalaman dalam bidang perniagaan tetapi bantuan daripada tenaga pengajar Akademi Dyxy, misi untuk melahirkan usahawan berjaya telah dicapai,” jelasnya.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi talian 03-4820 6031 atau 014-669 8495.











