MIRI – Tiga individu termasuk dua wanita parah selepas ditetak menggunakan parang oleh seorang perompak yang berpura-pura membeli barang di dalam kiosk sebuah stesen minyak di Desa Senadin di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, dua wanita berusia 19 dan 22 tahun yang merupakan pekerja premis itu cedera pada tengkorak kepala dan belakang badan manakala bapa kepada salah seorang mangsa cedera pada muka. Pemangku Ketua Polis Daerah…










