TAWAU 2 Julai – Dua pemandu lori terlepas daripada maut apabila kenderaan masing-masing bertembung lalu terbakar di Simpang 5 Bulatan Jalan Sin Onn, di sini. Dalam kemalangan itu, kedua-dua pemandu lori iaitu Abdullah Abd. Samad, 50, dan Tai Tzee Hiung, 41, bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Difahamkan, mereka sempat keluar daripada kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan diri sejurus berlaku perlanggaran itu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kemalangan pada pukul 1 petang itu melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir dengan sebuah lori lika tan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya