Dr. Mahathir ucap tahniah kepada Zahid - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir ucap tahniah kepada Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 1 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah di atas kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang terpilih memegang jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu yang berlangsung semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…
Dr. Mahathir ucap tahniah kepada Zahid
Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri itu berkata, kemenangan itu membuktikan bahawa ahli UMNO terus memberi kepercayaan kepada bekas naib presiden parti itu.

“Tahniah kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang menang besar makna bahawa dia disayangi oleh orang UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Parlimen Langkawi di Kuah dekat sini hari ini.

Akhbar melaporkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti dalam keputusan tidak rasmi sehingga lewat malam tadi.

Beliau memperoleh 93 undi sekali gus mengatasi dua pesaingnya iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (51 undi) dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN