KUALA LUMPUR 26 Julai – Projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang diusahakan oleh Barisan Nasional (BN) bersama Alibaba Group Holding Ltd. (Alibaba) akan diteruskan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, sejak insiatif DFTZ dilaksanakan, projek tersebut telah memberi impak positif untuk merealisasikan matlamat meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam transaksi e-dagang rentas sempadan. Katanya, sehingga kini, lebih 3,300 PKS telah menyertai platform DFTZ. “Pendirian kerajaan…










