KUANTAN 23 Julai – Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 Julai lalu. Pengakuan itu dibuat Mohammad Zawani Mohammad Jasni, 30, dan isterinya, Azreen Junysar, 29, dalam pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan hakim, Siti Aminah Ghazali. Mengikut kertas pertuduhan, pasangan berkenaan dituduh mengabaikan anak mereka daripada mendapat rawatan…










