Dalic kagum mental Modric - Utusan Malaysia

Dalic kagum mental Modric

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIZHNY NOVGOROD – Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic memuji kekuatan mental ketua pasukan, Luka Modric apabila membantu pasukannya mara ke suku akhir selepas menewaskan Denmark menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam.

Pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik itu, Modric berpeluang memberikan kemenangan buat Croatia lebih awal ketika perlawanan berlanjutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 selepas Croatia diberikan sepakan penalti pada minit ke-116 tetapi gagal menyempurnakannya.

Bagaimanapun, Croatia berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir­ selepas menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan penjaga gol mereka, Danijel Subasic menyelamatkan tiga percubaan pemain Denmark.

Dalic berkata, Modric memberi­tahu mahu disenaraikan dalam penentuan sepakan penalti meskipun memikul beban yang tinggi selepas gagal menyempurnakan penalti sebelum itu.

“Dia mahu terlibat dalam penentuan sepakan penalti. Anda boleh bayangkan sekiranya dia gagal menjaringkan gol? Ini membuktikan bahawa dia seorang pemain yang hebat serta berkualiti.

“Apa yang boleh saya katakan dia merupakan seorang kap­ten sejati serta bertanggungjawab. Dia berjaya menebus kesilapan pada penentuan sepakan pe­nalti apabila berjaya menyempurnakannya,” kata Dalic.

Meskipun layak, namun beliau mengakui skuad kendaliannya masih gagal menampilkan aksi terbaik pada kejohanan tersebut apabila tidak mampu menembusi benteng pertahanan Denmark yang diketuai Simon Kjaer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN