PETALING JAYA 2 Julai – Pendatang baharu, Aqil Rafiq, 22 atau nama sebenarnya Muhammad Aqil Rafiq Abdul Rahman menganggap pembabitan tanpa sengaja ke dalam industri hiburan tanah air adalah hikmah di sebalik kegagalannya meneruskan pengajian di peringkat menara gading. Menurut anak kelahiran Johor Bahru yang dibesarkan di Ipoh, Perak itu, sebelum ini dia merupakan penuntut di Universiti Mahsa dalam jurusan Diploma Perniagaan, namun menangguhkan pengajian kerana ingin membantu keluarganya. “Sebagai…










