Salah seorang pengasas Amerika Syarikat, Benjamin Franklin dalam suratnya kepada saintis Perancis, Jean-Baptiste Leroy menyatakan bahawa tiada di dalam dunia ini yang pasti, kecuali mati dan cukai. Cukai dilaksanakan untuk memenuhi perbelanjaan bagi keperluan kerajaan, rakyat dan negara. Pada masa ini, struktur percukaian negara menetapkan golongan yang dikenakan cukai terdiri daripada perbadanan dan perseorangan, individu, pengeksport dan pengimport, pengilang dan penjudi. Hasil Kerajaan Persekutuan antara lain turut disumbangkan oleh hasil…










