MOSCOW – Nasib memihak kepada Croatia apabila berjaya melangkah ke suku akhir Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA selepas menewaskan Denmark 3-2 menerusi penentuan penalti pada perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Nizhny Novgorod, Rusia awal pagi ini. Penjaga gol, Danijel Subasic menjadi wira Croatia dengan menyelamatkan tiga sepakan penalti pemain Denmark, Christian Eriksen, Lasse Schöne dan Nicolai Jørgensen manakala Andrej Kramarić, Luka Modric dan Ivan Rakitic menyempurnakan sepakan masing-masing…










