KUALA LUMPUR 2 Julai – Penutupan CIMB Bank cawangan Parit Raja merupakan sebahagian daripada usaha institusi perbankan itu menyusun semula cawangan-cawangan mereka di seluruh negara tetapi pada masa sama masih prihatin dengan keperluan pelanggan. CIMB Bank dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, untuk itu pihak bank tersebut tetap menyediakan perkhidmatan perbankan melalui mesin teler automatik (ATM). Berikut adalah kenyataan penuh CIMB berhubung penutupan cawangan mereka di…










