Chong Wei ketuai cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2018 - Utusan Malaysia

Chong Wei ketuai cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak mustahil untuk terus melakar kejayaan luar biasa muncul pemain paling banyak merangkul kejuaraan pada Terbuka Indonesia yang akan membuka tirai edisi kali ini esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chong Wei pernah meraih gelaran Terbuka Indonesia pada 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Juara Terbuka Malaysia 2018 itu semalam, yang diletakkan selaku pilihan ketujuh kejohanan di sini, dilihat mempunyai laluan mudah sebelum dijangka berdepan pemain meningkat naik dari Jepun, Kento Momota pada peringkat separuh akhir.

Pada pusingan pertama, Chong Wei, 36, yang kini menduduki ranking keenam dunia akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong sebelum mengharungi pusingan kedua bertemu sama ada pemain di ranking ke-12 Kenta Nisihimoto dari Jepun atau Anders Antonsen dari Denmark yang kini berada di kedudukan ke-16 dunia.

Jika berjaya melepasi halangan Momota pada peringkat separuh akhir, kemungkinan besar pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan bertemu pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark di final. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN