KUALA LUMPUR 24 Julai – Misteri ‘kehilangan’ jaguh No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei selama beberapa hari semasa sesi latihan akhirnya terjawab apabila disahkan menghidap penyakit berkaitan pernafasan dan tidak akan beraksi dalam Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang bulan hadapan. Sebelum ini wujud pelbagai spekulasi mengenai pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu selepas dia didapati tidak menghadiri sesi latihan. Persatuan Badminton Malaysia (BAM)…










