BEIJING 3 Julai – Kedutaan China di Washington telah mengeluarkan amaran berupa nasihat keselamatan kepada rakyatnya yang melancong ke Amerika Syarikat (AS), tindakan terbaharu ketika tercetusnya ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara. Kedutaan tersebut memberi amaran kepada rakyatnya agar berwaspada terhadap pelbagai isu termasuk bil perubatan yang mahal, jenayah tembakan secara terbuka, rompakan, rampasan dan penggeledahan ejen kastam, penipuan telekomunikasi dan bencana alam. Amaran yang disiarkan dalam laman sesawang kedutaan itu turut memaklumkan bahawa keselamatan awam di AS adalah tidak baik, kes-kes tembakan, rompakan dan kecurian sering berlaku. – Reuters
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya