TOMICH, Scotland – Sekumpulan ahli kelab anjing di sini berjaya mengumpulkan sejumlah 361 ekor anjing jenis Golden Retriever dalam satu acara baru-baru ini. Kelab Golden Retriever Scotland (GRCS) menganjurkan perhimpunan itu di Rumah Guisachan, Inverness-shire, dekat sini sempena meraikan ulang tahun ke-150 pembiakan pertama anjing tersebut oleh Lord Tweedmouth pada abad ke-19. Pengerusi GRCS, Doreen McGugan berkata, pada tahun 2006, acara itu berjaya menghimpunkan 188 ekor anjing diikuti 222 ekor…










