Cadang kontraktor pembinaan Hospital Petra Jaya ditamatkan - Dr. Dzulkefly - Utusan Malaysia

Cadang kontraktor pembinaan Hospital Petra Jaya ditamatkan – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 3 Julai – Kontraktor pembinaan Hospital Petra Jaya di sini, dicadangkan agar ditamatkan perkhidmatan ekoran kegagalan menyiapkan kemudahan rakyat yang sepatutnya siap pada 29 November 2016.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan tersebut diputuskan dalam mesyuarat dipengerusikannya tadi dan akan dibawa ke kabinet esok setelah meneliti laporan serta maklumat daripada semua pihak berkaitan.

Katanya, kontraktor telah diberi lanjutan masa sehingga hujung tahun ini namun dilihat tidak berkemampuan menyiapkan dengan kemajuan projek hanya 34.5 peratus.

“Muktamadkan, kita tidak boleh lagi lanjutkan kontrak ini dan saya buat keputusan menamatkan kontrak Zecon Engineering.

“Masih berbaki bayaran RM350 juta yang jumlahnya agak besar namun banyak lagi kerja struktur belum siap sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena lawatan kerja rasmi ke Pusat Jantung Sarawak, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam), Datuk Dr. Azman Abu Bakar, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Jamilah Hashim dan Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr. Mohd. Asri Riffin.

Tambahnya, perkara itu perlu ditangani segera berikutan Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mengalami limpahan pesakit berikutan kelewatan pembinaan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN