MELAKA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut dihempap batu bata ketika sedang bekerja di tapak pembinaan perumahan di Taman Saujana Perdana 2 di Tehel, Jasin di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, Jahan Sharif berusia 20-an, mengalami cedera parah di kepala selepas kayu palet yang mengangkut batu bata berkenaan patah sebelum bahan binaan itu menghempap mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari semalam. “Semasa…










