PULAU PINANG 20 Julai – Lima remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan membuli seorang rakan mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, di sini, awal pagi kelmarin. Lebih malang, seluar mangsa turut ditanggalkan oleh salah seorang suspek manakala seorang lagi suspek pula bertindak merakam gambar mangsa dalam keadaan separuh bogel sebelum menularkan rakaman tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku ketika…










