BTN akan dimansuhkan - Utusan Malaysia

BTN akan dimansuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) tidak lama lagi.

Syed Saddiq berkata, perkara itu masih sedang dibincangkan dan pengumuman mengenai pemansuhan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Saya mahu memperbetulkan kenyataan beberapa media sebelum ini bahawa BTN tidak akan dimansuhkan.

“BTN akan dimansuhkan, pengumuman tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya dalam Forum Perubahan Keadaan Landskap Politik dan Aspirasi Golongan Muda di Sunway University, hari ini – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN