Brazil ‘menderita’ sebelum ke suku akhir - Utusan Malaysia

Brazil ‘menderita’ sebelum ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA 3 Julai – Neymar berkata, Brazil terpaksa ‘belajar menderita’ sebelum meraih tiket ke suku akhir Piala Dunia dengan menumpaskan Mexico 2-0, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan Neymar dan pemain gantian, Roberto Firmino memastikan kemenangan Brazil, sekali gus bakal menemukan mereka dengan pemenang antara Belgium atau Jepun yang akan berentap pada pukul 2 pagi ini.

“Kami kena belajar menderita.

“Ia perlawanan yang sukar dan kami tahu kualiti yang ada pada lawan kami,” kata Neymar.

Penyerang Paris Saint-Germain itu menyudahkan hantaran silang Willian pada minit ke-51 untuk meletakkan Brazil di depan.

Dia kemudian mencipta gerakan untuk gol kedua yang dihasilkan bintang Liverpool, Firmino pada minit ke-88.

“Saya sangat gembira dengan persembahan kami, tetapi yang lebih penting pasukan ini menang,” katanya.

Brazil dikritik hebat ketika memulakan kempen Kumpulan E apabila sekadar seri 1-1 dengan Switzerland, sebelum bangkit menewaskan Costa Rica dan Serbia 2-0. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN