Bot PATI karam:25 selamat, 10 lemas, 9 belum ditemukan - Utusan Malaysia

Bot PATI karam:25 selamat, 10 lemas, 9 belum ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERANG 6 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot pancung dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam 1 Julai lalu kini menemukan 35 mangsa membabitkan 25 mangsa terselamat dan 10 lemas.

Timbalan Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, sehingga hari ini, operasi SAR masih diteruskan.

“Setakat hari keempat misi SAR ini, kita telah menemui 35 mangsa termasuklah 10 yang maut akibat lemas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang akan diteruskan dengan kekuatan seramai 150 anggota,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tengah malam 1 Julai lalu, sebuah bot pancung dinaiki 44 PATI bertolak dari Batam, Indonesia karam di perairan Tanjung Punggai, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN