DUNGUN 2 Julai – Meskipun hampir meragut nyawa dan kehilangan bot serta kelengkapan menangkap ikan, Ramli Said, 62, masih ingin terus turun ke laut meneruskan pekerjaan sejak 40 tahun lalu yang menjadi sumber rezekinya. Sabtu lalu, bot gentian kaca bocor miliknya dan karam kira-kira 7 batu nautika dari perairan Kuala Dungun dan dia yang bersendirian terpaksa terapung di laut lebih lima jam dengan berpaut kepada sekeping penutup tong ikan. “Saya…










