BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 20 JULAI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 20 JULAI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG sejak awal lagi sudah menjangka bahawa 100 hari adalah satu tempoh yang amat sukar untuk memenuhi janji-janji pilihan raya umum. Manifesto adalah janji politik yang hakikatnya boleh dilaksa­nakan tetapi bukanlah dalam tempoh yang singkat.

Mustahil janji-janji seperti jika menang pilihan raya hari ini, esok harga minyak akan diturunkan. Bukan mudah untuk melaksanakan janji-janji yang hakikatnya melibatkan pelbagai prosedur pentadbiran dan undang-undang.

Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dalam tempoh 100 hari ini ba­nyak kerja yang perlu dibereskan. Berilah masa yang berbaki ini untuk kerajaan menunaikan janji yang telah dibuat sehingga mendorong rakyat memilih kerajaan baharu.

Apa yang penting, Pakatan Harapan (PH) perlu komited walaupun hari ini manifesto dilihat sebagai dokumen yang boleh diubah. Maknanya, janji boleh ditarik balik, dimungkiri atau diabaikan. Justeru, usahlah mengharapkan semua janji ditepati. Dalam hal ini terpulanglah kepada rakyat membuat penilaian.

Awang menaruh harapan supaya kos kehidupan dapat diku­rangkan. Rakyat mengharapkan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu meringankan beban mereka. Pengurangan kos sara hidup adalah lebih penting untuk rak­yat. Semoga tidak ada lagi pelbagai alasan umpama bangau oh ba­ngau berhubung kos sara hidup terutama berkaitan harga barang.

AWANG – Dihadiah gula-gula hari raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN