BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 02 JULAI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 02 JULAI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG mengucapkan selamat bekerja kepada barisan kepe­mimpinan UMNO yang baharu dipilih untuk penggal 2018-2021. Tanggungjawab mereka amat berat untuk melakukan perubahan dan pemulihan supaya UMNO kembali diyakini bukan sahaja oleh anggota parti tetapi rakyat seluruhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilihan mereka untuk memegang jawatan di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Keutamaan harus diberi kepada tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar. Zon selesa sudah berlalu.

Sebagai permulaan, usaha perlu dilakukan untuk semua anggota parti kembali bersatu. Pemilihan tidak boleh melebarkan perpecahan. Kalah menang adat pertandingan, cuma bagaimana caranya untuk mengurangkan kesan kepada perpaduan parti.

Jika semuanya ikhlas dan jujur ketika bertanding, tidak timbul istilah merajuk, kecewa atau terpinggir. Dalam situasi sekarang, UMNO tidak boleh dibebankan dengan perpecahan. Mungkin pihak luar akan cuba melemahkan parti dengan isu pemilihan.

Awang percaya, perubahan tidak mudah dilakukan tanpa sokongan semua pihak. Masing-masing mempunyai peranan untuk dimainkan. Tanpa mengira kedudukan, berilah sumbangan bukan tekanan kepada kepemimpinan baharu untuk melakukan transformasi yang lebih berkesan dan menyeluruh demi ke­sinambungan dan kelangsungan UMNO.

AWANG – Tidak mudah melatah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN