KUALA LUMPUR 4 Julai – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan terus memastikan bekalan beras tersedia kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohamed Yusoff berkata, pihaknya akan memberi komitmen tinggi dalam kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan hasrat tersebut dapat dicapai. “Melalui kerjasama ini, kita akan cuba menentukan model operasi terbaik yang sesuai dengan industri padi dan beras tempatan selain mengekalkan kualiti penuaian…










