Beri kelonggaran buat pekerja - Utusan Malaysia

Beri kelonggaran buat pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta semua majikan di negara ini untuk memberi kelonggaran be­kerja kepada pekerja yang mempunyai anak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, kelonggaran tersebut termasuk sama ada membolehkan pekerja be­kerja dari rumah atau memberi kebenaran bercuti untuk menjaga anak mereka di rumah.

“Sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak menunjukkan simptom HFMD adalah lebih baik untuk kuarantin mereka di rumah dan majikan juga perlu bertimbang rasa dalam hal ini.

“Majikan boleh memberikan kelonggaran dengan membenarkan pekerja yang terbabit bekerja dari rumah buat sementara waktu sehingga anak-anak mereka bebas daripada pe­nyakit tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN