PELUANG penjaga gol skuad hoki negara, Mohammad Hairi Abd. Rahman ke Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia bulan depan masih belum terjamin meskipun terpilih menyertai siri Jelajah Australia bermula esok hingga 3 Ogos ini. Pemilihan Hairi, 28, dalam barisan 20 pemain menghadapi lima aksi persahabatan menentang Australia di Institut Sukan Australia (AIS), Perth merupakan kali kedua selepas dia turut terpilih menyertai siri Jelajah Argentina sebelum ini. Bagaimanapun, Hairi enggan terlalu awal bergembira kerana apa sahaja boleh berlaku memandangkan wujudnya persaingan sihat dengan penjaga gol utama, S. Kumar dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya