BUENOS AIRES – Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) menafikan dakwaan mereka telah mencari pengganti kepada Jorge Sampaoli untuk mengisi posisi ketua jurulatih skuad kebangsaan pada peringkat antarabangsa. Sebagai rekod, Sampaoli menerima kritikan hebat selepas pasukan kendaliannya tersingkir pada peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 di Rusia apabila tewas 3-4 kepada pasukan juara, Perancis. Susulan itu, Sampaoli mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya serta-merta dan kini AFA dilaporkan sudah berbincang dengan beberapa calon sesuai bagi membimbing La Albiceleste. Difahamkan, antara nama yang dilihat berpotensi menggantikan Sampaoli ialah bekas pengendali pasukan Colombia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya